Jam untuk kanak-kanak masalah penglihatan
Tujuan saya membuat abm berkaitan dengan kanak-kanak masalah penglihatan.Abm ini bertujuanuntuk membantu pelajar masalah penglihatan untuk belajar mengenal jam dengan betul dan lebih tepat.Selain daripada itu pelajar masalah penglihatan dapat juga mengenali bagaimana putaran jam dan aturan huruf yang betul dan lebih tepat. oleh disebabkan itu saya cuba untuk mengenengahkan cara yang lebih mudah untuk membantu pelajar masalah penglihatan.
![]() |
| pandangan depan |
![]() |
| pangangan atas kanan |
![]() |
| pandangan atas kiri |
![]() |
| pandangan atas bawah |
![]() |
| pandangan atas |
![]() |
| pandangan sisi bawah kiri |
![]() |
| pandangan sisi bawah |
![]() |
| pandangan sisi kanan |
![]() |
| pandangan sisi atas |
![]() |
| pandangan sepenuhnya |
KULIT BUKU
assalamuaikum.alhamdulilah ini adalah hasil kulit buku yang saya dapat melalui pembelajaran di kelas teknologi pendidikan .melalui pengalaman yang baru ini insyallah saya akan gunakan nanti di sekolah.pengalaman ini insyallah saya akan sebarkan dan kongsikan dengan orang lain.terima kasih.
PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
(P&P) DALAM BILIK DARJAH
PENDAHULUAN
Tulisan ilmiah ini membincangkan kepentingan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) dalam dunia pendidikan pada alaf ini. Sebagai guru yang
berdepan dengan ledakan maklumat dalam dunia tanpa sempadan ini kita perlu
melangkah sederap dengan kemajuan dan kecanggihan ilmu serta teknologi sebagai
langkah awal demi menggalas amanah dan tanggungjawab terhadap bangsa dalam
membina negara bangsa yang mampu berdiri gah di persada dunia.Penguasaan ICT
dapat membantu guru menghadapi ranjau dan cabaran dalam dunia pendidikan dan
bertindak tepat dengan kehendak semasa. Fungsi guru sebagai egen perubahan
sosial dapat memenuhi permintaan masyarakat setempat melalui ilmu dan kemahiran
yang dimiliki seterusnya menjadi rujukan dan idola dalam masyarakat.
Transformasi sistem pendidikan di abad ke-21 ini menuntut
warga pendidik di seluruh dunia untuk menguasai teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) secara optimum kerana keupayaan ICT dalam menambahbaik sistem
pendidikan sudah terbukti dan seolah-seolah sudah menjadi satu kayu pengukur
untuk menentukan standard pendidikan di setiap institusi pendidikan. Teknologi
komputer khususnya, merupakan salah satu cabang utama ICT yang tidak dapat
dinafikan sangat berupaya untuk membantu guru meningkatkan proses pengajaran
dan menyediakan sumber untuk pembelajaran pelajar. Boleh dikatakan bahawa
peranan utama teknologi komputer dalam pendidikan adalah untuk membantu
memperbaiki keseluruhan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan
perkataan lain, para guru harus inovatif dalam mengaplikasikan teknologi
komputer terutamanya dalam menyelesaikan masalah atau kesukaran yang dihadapi
semasa proses pengajaran dijalankan dalam bilik darjah.
Kemahiran guru dalam bidang ICT dapat membantu
pelajar-pelajar untuk menguasai kemahiran dan ilmu yang bersesuaian dengan
minat, bakat serta potensi pelajar sekaligus dapat menanam rasa cinta akan ilmu
pengetahuan. Hal ini secara tidak langsung dapat melahirkan modal insan
cemerlang berminda kelas pertama sebagaimana yang digarapkan dalam Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP). Tanggungjawab ini sememangnya terpikul atas bahu
para guru yang komited dengan tugas serta bersedia dan sanggup menerima
perubahan mengikut peredaran masa. Semua ini menuntut pengorbanan yang besar
dari kalangan guru-guru untuk terus menambah ilmu dan kemahiran, bertepatan dan
bersesuaian dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat.
Mengapa Penggunaan ICT Diperlukan
1) Meningkatkan kefahaman sesuatu konsep, memberi gambaran visual
dan memudahkan pengiraan kompleks.
2) Merangsang murid untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan
yang minimum.
3) Membantu murid dalam proses penyelesaian masalah dan komunikasi
dengan lebih cepat dan tepat
4) Mewujudkan peluang pembelajaran yang sama kepada murid yang
mempunyai pelbagai kebolehan dan kecerdasan.
5) Membantu murid mendapat dan mengumpul maklumat yang mungkin
sukar diperoleh dalam keadaan biasa
6) Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok, mencabar dan
berbentuk penerokaan.
7) Memupuk sifat ingin tahu
dan ingin mencuba di kalangan murid.
8) Meningkatkan daya kreativiti, inovasi dan imaginasi murid.
9) Menggalakkan murid merealisasikan:
-
Pembelajaran
terarah kendiri
-
Pembelajaran
akses kendiri.
Dasar Pembangunan Negara
dalam Rancangan Malaysia Kelapan (2001 – 2005) menegaskan kepentingan
membangunkan dan memperluaskan penggunaan teknologi maklumat dalam pembangunan
pendidikan. Langkah ini bertujuan merancakkan pertumbuhan, melatih profesional,
meningkatkan produktiviti, memodenkan pengurusan teknologi maklumat dan
pengetahuan, mengurangi jurang digital, dan mempastikan semua rakyat mendapat
manfaat daripada ICT. Sektor pendidikan menjadi agen perubahan bagi
mempertingkatkan kemahiran penggunaan ICT dalam kalangan generasi muda.
Keperluan terhadap penggunaan ICT dalam pendidikan amat dirasai kerana ICT
telah menjadikan dunia pendidikan sebagai hak milik pelbagai lapisan masyarakat
di mana pelbagai maklumat dan sumber pendidikan dapat dicapai walau di mana jua
berada.
Pengaruh dan kemajuan era ICT mencetuskan inovasi dalam pengurusan
pendidikan, penilaian, serta pengajaran dan pembelajaran. Kewujudan masyarakat
berpendidikan yang terbentuk melalui pembudayaan komputer, internet, dan
multimedia menzahirkan kewujudan masyarakat yang cinta akan ilmu pengetahuan.
Bangsa yang maju adalah bagsa yang mementingkan perkembangan intelektualyang
dirintis oleh kemajuan dunia pendidikan. Dalam konteks ini teknologi maklumat
berperanan untuk meluaskan penyebaran pemikiran manusia sebagai agen revolusi
sosial.Menurut Mohamed Rashid dan Mohd Nasir (2003) dalam kajian “Refleksi
Terhadap Pelaksanaan Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran menyatakan bahawa pada
abad ke-21,negara menghadapi cabaran dalaman dan luaran akibat daripada kesan
globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.
Pembaharuan pendidikan dari segi pengajaran-pembelajaran, sistem pengurusan
pembelajaran dan peranan guru sudah tentu akan memberikan cabaran baharu kepada
sistem pendidikan.
Kajian turut mendapati
pembelajaran menggunakan komputer dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan
mengurangkan masa pengajaran (Schaumburg & Issing, 2002; Tuldoziecki &
Herzig, 2002). Unsur interaktif membolehkan pelajar belajar dengan lebih mudah,
pantas, selesa, murah, mudah mengingat, memindah serta mengaplikasikan
pengetahuan kepada situasi baru mengikutgaya pembelajaran mereka (Alessi &
Trollip, 2001). Sesuatu masalah dapat diulangkaji
dengan berulangkali dan kemampuan mereka dapat diukur.Oleh itu, multimedia membolehkan pelajar mengulangi pelajaran
secara sendirian dan juga membantu pelajar-pelajar mendapat kesan pembelajaran
yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum.
Selain itu,teknologi komputer berguna dalam menjadikan pendidikan
lebih produktif. Heinich (1993) menyatakan komputer berkemampuan untuk mengawal
dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Penggunaannya juga akan memberikan
kelainan(variasi) kepada kaedah mengajar, misalnya dengan menggabungkan kaedah
dan alat (misalnya penggunaan perisian pembelajaran). Penggunaan teknologi
dalam pendidikan akan mempercepatkan kadar pengajaran dan kurikulum dapat
diselesaikan mengikut perancangan.
ISU 1
FAKTOR GURU
i) Persepsi guru terhadap kepentingan komputer.
Walaupun ramai guru yang telah bersedia dengan perubahan penggunaan
komputer di dalam pengajaran tetapi masih ada guru yang lebih selesa
menggunakan kaedah konvensional relevan dengan sistem peperiksaan. Dengan sikap
sebegini adalah sukar bagi perubahan dilakukan dengan berkesan.
ii) Kerisauan untuk menghadapai perubahan.
Terdapat tiga jenis
kerisauan yang dihadapai oleh guru-guru dalam penggunaan computer iaitu:-
1. Risau sekiranya rosak apabila menggunakan peralatan tersebut.
2. Risau kerana merasakan mereka tidak berupaya mempelajari
teknologi tinggi.
3. Risau sekiranya disuruh oleh sekolah untuk melakukan semua kerja
kerana mahir dalam penggunaan komputer.
iii) Masa dan beban tugas guru :-
Penggunaan komputer dalam pengajaran memerlukan masa yang banyak
bagi guru-guru menyediakannya. Persediakan diperlukan termasuk dari aspek
penyediaan bahan mengajar serta set up bahan pada komputer sebelum kelas
dimulakan dengan bilangan waktu mengajar yang banyak, sesetengah guru mempunyai
bilangan waktu mengajar sebanyak 27 waktu seminggu, sukar bagi guru untuk
membuat persediaan mengajar dan juga untuk setup bahan mengajar dimakmal
komputer. Guru-guru juga mempunyai tugas-tugas lain seperti menjadi setiausaha
peperiksaan, guru data, ketua-ketua panitia, Ajk PIBG dan sebagainya. Situasi
ini akan menyukarkan guru untuk membuat persediaan yang mantap jika mereka
perlu menyediakan bahan sendiri dalam pengajaran.
Menurut Mazniza Muhamad (2004) kebanyakan guru-guru sedar tentang
kelebihan menggunakan komputer tetapi kurang menggunakannya kerana kekangan
masa, masalah penyelenggaraan dan kemahiran. Kesuntukan masa menggunakan ICT
oleh guru-guru menjadi penghalang manakala sikap positif, keyakinan diri dan
kemahiran menggunakan ICT menjadi pendorong perlaksanaannya dalam pengajaran
dan pembelajaran. (IAB, 2008).
iv) Kekurangan kemahiran
komputer dan pengetahuan penggunaan komputer dalam P&P-
Proses pengajaran memperalatkan ICT menuntut guru berkemahiran
dalam membina persembahan dan mengintegrasikan multimedia sekurang-kurangnya
menggunakan Powerpoint dengan input-input seperti rakaman suara, memasukan
video, grafik dan bunyi mengikut kreativiti guru. Oleh kerana tidak semua bahan
pengajaran tersedia untuk digunakan terus, maka guru dikehendaki menyediakan
bahan pengajaran yang lebih menarik,tetapi keinginan guru untuk menambahbaikan
bahan P & P hanya tinggal sebagai kemahuan saja kerana guru-guru kekurangan
kemahiran komputer dan pengetahuan menggunakan komputer dalam P & P.
Tambahan lagi, penggunaan komputer oleh guru adalah pada tahap yang minima
sahaja iaitu sekali sekala dalam masa sebulan. Selain daripada itu, guru-guru kerap
menggunakan hanya satu program sahaja iaitu pemprosesan perkataan. Guru-guru jarang
menggunakan pangkalan data, persembahan mutimedia, persembahan grafik,
melelektronik dan laman web dalam pengajaran.
ISU 2
FAKTOR SEKOLAH
Peranan dan sikap pengetua-
Sikap pihak pengurusan sekolah (pengetua/guru besar,penolong kanan)
adalah kritikal terhadap pembentukan dasar dan amalam diperingkat sekolah.
Mereka adalah penggerak yang boleh memotivasikan setiap guru supaya menpunyai
misi dan objektif yang sama untuk meningkatkan kualiti pendidikan sekolah.
Pengetua atau pentadbir yang tidak prihatin akan keperluan masa hadapan akan
menyebabkan organisasi pendidikan ketinggalan.Melalui enam isu dan enam cabaran
berkenaan guru dalam menggunakan teknologi instruksional di sekolah ini
dapatlah disimpulkan pula lapan cadangan bagi merealisasikan hasrat
membudayakan penggunaan teknologi instruksional dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
1). Membuat pemilihan kajian tindakan berdasarkan bahan pengajaran
teknologi instruksional di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
2. Bahan terbaik diperingkat kebangsaan akan dikumpulkan melalui CD
dan disebarkan diseluruh negara.
3. Mewajibkan bakal guru di universiti mengambil dua atau tiga
kertas berkaitan komputer sebagai subjek teras.
4. Mengutamakan kursus latihan dalam perkhidmatan (LADAP) yang
berkaitan teknologi instruksional.
5. Mewujudkan sikap positif jangka panjang guru terhadap teknologi
instruksional melalui motivasi intrinsik.
6. Guru sendiri hendaklah berperanan dan rasa bertanggungjawab
untuk menyediakan keperluan teknologi instruksional.
7. Pentadbir menggunakan sebahagian besar pengurusan dan
pentadbiran sekolah menggunakan teknologi maklumat.
8. Kurikulum bagi melahirkan guru hendaklah lebih mengutamakan
teknologi instruksional berbanding pedagogi.
Sistem Pendidikan Berorientasikan Peperiksaan.
Disebabkan penekanan kepada pencapaian di dalam periksaan guru-guru
diarahkan memberikan latihan sebanyak yang mungkin kepada pelajar-pelajar. Buku
latihan pelajar-pelajar akan dipantau dari masa ke semasa oleh pihak pentadbir
sekolah bagi memastikan guru menjalankan arahan yang diberikan. Penekanan
kepada pemantauan buku latihan yangdibuat oleh pelajar menyebabkan guru tidak
berminat menggunakan perisian di dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan kaedah biasa seperti buku latihan dan buku aktiviti
lebih disukai oleh guru-guru berbanding dengan memberikan latihan melalui
penggunaan ICT kerana buku-buku tersebut menjadi bukti perlaksanaan pengajaran
dan pembelajaran sebagaimana yang di arahkan oleh pentadbir sekolah.
Penekanan yang berlebihan kepada peperiksaan menyebabkan guru-guru
mengabaikan aspek lain seperti pengajaran menggunakan ICT. Peperiksaan dianggap
perkara yang sangat penting sama ada oleh guru, pelajar dan ibubapa.
Peperiksaan dianggap sebagai penanda aras dan kayu pengukur kepada kebolehan
dan kemampuan pelajar. Media massa turut memainkan peranan dengan menghebahkan
pencapaian pelajar dan sekolah. Ini menyebabkan timbulnya budaya atau fenomena
berikut:
·
Mengajar dan
belajar untuk peperiksaan.
Guru hanya memfokuskan kepada isi kandungan dan kemahiran yang akan
dinilai di dalam peperiksaan. Pelajar diajar untuk mengingati model jawapan.
Guru akan memberikan latihan secara berterusan hingga mengabaikan kaedah
pengajaran menggunakan ICT yang dianggap mengambil masa semasa hendak memulakan
pengajaran dan pembelajaran.
·
Menghabiskan
sukatan pelajaran seberapa segera.
Guru akan berusaha bersungguh-sungguh menghabiskan sukatan
pelajaran dengan secepat mungkin dengan harapan masih mempunyai masa memberikan
soalan latih tubi bagi persediaan pelajar menghadapi peperiksaan hingga ada
masanya guru sekadar ‘ menunjuk dan memberitahu’ sesuatu konsep matematik tanpa
memberi peluang atau kesempatan pelajar memahami konsep tersebut.
·
Pembelajaran
yang lumpuh.
Istilah ini diutarakan oleh bekas Ketua Pengarah Kementerian
Pelajaran , Tan Sri Wan Zahid Nordin. Menurut beliau pelajar Malaysia antara
pelajar paling menderita disebabkan sistem yang berasaskan peperiksaan. Pelajar
yang mendapat keputusan cemerlang berkemungkinan mengeluarkan apa yang
dipelajari tanpa memahami konsep-konsep penting untuk dipraktikkan dalam
kehidupan seharian
ISU 3
KEKURANGAN PRASARANA DAN BAHAN SOKONGAN
Satu cabaran penting pendidikan di sekolah ialah menyediakan
kemudahan prasarana dan bahan sokongan untuk guru dan semua pelajar. Ini bermakna
kemudahan ini tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja tetapi melibatkan
keseluruhan warga sekolah tanpa mengira status ekonomi, sosial, kaum dan
sebagainya.
1. Bilangan komputer di sekolah jauh lebih rendah daripada
bilangan pelajar.
Bilangan komputer yang disalurkan bagi sesebuah sekolah masih tidak
mencukupi untuk memaksimumkan penggunaan komputer sebagai medium pengajaran
bagi para pelajar. Bilik komputer di sekolah digunakan untuk mempelajari
sesuatu yang memang memerlukan penggunaan komputer dan hanya boleh digunakan
oleh sebilangan kecil pelajar sahaja dalam satu-satu masa. Justeru itu
kebiasaannya penggunaan ICT dalam pengajaran hanya terfokus kepada sesuatu mata
pelajaran dan dalam masa-masa yang tertentu sahaja. Ini sebenarnya tidak sesuai
seperti yang dirancangkan iaitu penggunaan ICT dalam proses pengajaran
danpembelajaran setiap masa. Program Pengkomputeran sekolah semakin diberi
perhatian kerana untuk memberi peluang kepada pelajar sekolah supaya mereka
dapat menguasai pengetahuan asas ICT di peringkat sekolah. Berbekal dengan
pengetahuan asas ICT para pelajar akan dapat berdepan dengan kehendak dan
cabaran kerjaya mereka dalam abad ke 21. Walaupun hampir semua sekolah di
Malaysia ini dibekalkan makmal komputer, namun pelajar tidak dapat akses kepada
komputer secara menyeluruh kerana bilangan komputer yang dibekalkan jauh lebih
rendah daripada bilangan pelajar dalam sesebuah kelas. Bilangan komputer yang boleh
digunakan seringkali terhad disebabkan oleh kerosakan teknikal yang dialami menambahkan
kadar pengguna komputer bertambah sehingga 4 atau 5 orang murid terpaksa berkongsi
satu unit komputer semasa pengajaran dijalankan. Ini juga sering mengganggu kelancaran
penggunaan komputer dalam pengajaran.
2. Pembekalan yang tidak berkualiti.
Mutu peralatan ICT yang rendah boleh mengganggu proses penggunaan
ICT dalam pengajaran. Ramai guru menyatakan komputer yang dibekalkan tidak
berkualiti dan ada yang sudah ketinggalan zaman. Ini ditambah lagi dengan
cepatnya perkembangan teknologi komputer. Oleh itu komputer hendaklah
dipastikan dari segi kualiti dan diletakkan di tempat-tempat yang sesuai dan
boleh dicapai oleh semua orang, termasuk guru dan pelajar-pelajar.Di samping
itu, terdapat kekangan dari segi sistem selenggaraan komputer yang tidak cekap di
sekolah.
3. Masalah penyenggaraan makmal komputer di sekolah.
Makmal komputer di sekolah sememangya menghadapi masalah dari segi
penyenggaraan.Banyak makmal di sekolah tidak terurus kerana tidak ada kepakaran
dari segi penyenggaraan.Walaupun kerajaan telah melantik juruteknik komputer di
setiap daerah, tetapi masalah ini masih tidak dapat diselesaikan. Perkakasan
dan perisian komputer yang terdapat di dalam makmal memerlukan penyelenggaraan
sentiasa untuk mengelakkannya daripada mudah rosak. Memandangkan makmal
komputer tidak mempunyai pembantu makmal sebagaimana makmal sains yang
mempunyai pembantu makmalnya sendiri, maka kerja-kerja penyelenggaraan buat
masa sekarang terletak di bahu guru teknologi maklumat itu sendiri. Ini bermakna
beban tugas guru teknologi maklumat semakin bertambah.Kerja-kerja penyenggaraan
ini mengambil banyak masa guru sekiranya terdapat kerosakan ke atas sesebuah
komputer. Kadang-kala terdapat juga kalangan guru teknologi maklumat yang kurang
mempunyai kemahiran menyenggarakan komputer. Ini bermakna sebarang kerosakan pada
komputer perlu merujuk kepada pihak luar. Kaedah ini biasanya memakan belanja
yangbesar dan proses P&P juga terganggu. Dukacita yang amat sangat kerana
kerajaan telah membelanjakan banyak peruntukkan untuk membangunkan ICT di
sekolah tetapi dari segi penyenggaraannya terabai.
4. Perisian computer
Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah
komputer dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera
keras ataupun laman web.Perubahan ini seiring dengan perkembangan yang berlaku
dalam reka bentuk perisian pendidikan yang berciri kecerdasan. Ciri ini
melahirkan perisian pendidikan yang berupaya menyesuai maklumat yang disampai
dengan kemampuan dan keperluan pelajar. Dengan perkembangan ICT, perisian
kursus yang terdapat pada hari ini hampir semuanya berciri multimedia. Secara
umum, setiap perisian pendidikan mengandungi satu atau lebih daripada komponen.Bagaimanapun,
pendidik harus berhati-hati dalam melaksana pendekatan ini.Kesilapan dalam
memberikan pertimbangan boleh mengakibat pembaziran masa dan tenaga,menghalang
penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif menjurus ke arah penyalahgunaan
kemudahan ICT, mengakibat lebih banyak masa diperlu oleh pelajar untuk mempelajari
sesuatu . Untuk tujuan ini, guru perlu terlebih dahulu menilai setiap perisian pendidikan
yang hendak diguna oleh pelajar. Setelah pasti benar-benar wujud keperluan,
guru hendaklah merancang penggunaan ICT, bukan dibuat secara bidan terjun.
Cadangan mengatasi Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan.
Pihak sekolah perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara iaitu:
·
memperbaiki
infrastruktur komunikasi dan multimedia seperti kemudahan komputer, lebar jalur
tinggi yang bersepadu dan sambungan Internet serta makmal komputer.
·
meningkatkan
infrastruktur seperti rangkaian, kandungan tempatan, insentif dan perundangan
untuk membentuk persekitaran yang membolehkan penyediaan infrastruktur.
·
wujudkan
jaringan kerjasama antara panitia atau sekolah dalam PPD
·
sediakan
peruntukan yang sesuai untuk menyediakan teknologi komputer terkini.
·
wujudkan
prasarana ICT yang sesuai untuk pembelajaran
·
pihak pentadbir
perlu memberi dorongan kepada guru untuk membina bahan pengajaran dan
pembelajaran.
Bagi pihak KPM pula perlu memberi fokus beberapa perkara iaitu:
·
menyelenggara
peralatan dan perkakasan ICT secara intensif dan bersepadu.
·
menyediakan
infrastruktur ICT yang bersepadu dan berterusan di luar bandar dan pedalaman.
menyediakan kemudahan bangunan institusi pendidikan mengikut piawai berasaskan
keperluan dan kesesuaian
·
memastikan
kemudahan fizikal bangunan pendidikan diselenggara untuk memenuhi piawai,
keperluan dan kesesuaian memastikan bekalan air bersih dan elektrik di semua
sekolah.
ISU 4
JURANG ICT DAN DIGITAL
Jurang digital bermaksud terdapatnya jurang di antara satu komuniti
dengan komuniti yang lain di dalam mengakses kepada ICT, mencapai maklumat
melalui ICT serta memahami dan menggunakan maklumat dari ICT. Faktor yang
menyebabkan jurang digital ialah:
·
Faktor ekonomi,
iaitu tidak mampu untuk membeli dan mendapatkan khidmat ICT.
·
Faktor
Geografi,iaitu tempat tiada liputan internet dan bekalan elektrik –
·
Faktor
Kemahiran Komputer iaitu tidak mengetahui bagaimana untuk mengakses maklumat –
·
Faktor
Kemahiran Bahasa Dan Literasi iaitu tidak dapat membaca dan memahami bahasa
internet dengan baik
Pelbagai inisiatif dijalankan untuk merapatkan jurang digital di
negara kita. Inisiatif-inisiatif ini datangnya daripada pelbagai pihak dan
berperanan untuk memperkasa komunitidan menjana ilmu dalam melalui usaha
menyeberangi jurang teknologi dan jurang minda.Inisiatif merapatkan jurang
digital di Malaysia adalah bertujuan untuk mewujudkan jalinan pengetahuan
secara digital serta memperkasa masyarakat di dalam bidang ekonomi, sosial dan
akses kepada informasi dalam membantu masyarakat menjadi lebih berpengetahuan.
Ketidakseimbangan yang berlaku dalam masyarakat terutama dan segi
ekonomi,pendapatan, pendidikan, kemudahan infrastruktur pemodenan dan
sebagainya akan memberi kesan terhadap kemajuan ICT dan digital. Sekolah,
pendidikan dan profesion keguruan dinegara ini perlu memainkan peranan yang
konstruktif bagi menangani jurang ICT dan digital yang berlaku, terutama di
luar bandar dan di kalangan kaum. Sekolah dan profesion keguruan perlu
memberikan perhatian serius bagi merapatkan jurang perbezaan ICT dan digital
dengan meningkatkan program pendidikan ICT dan memperluaskan peluang menguasai
pengetahuan dan kemahiran digital, khususnya di kalangan pelajar miskin dan
luar bandar.
ISU 5
PENYALAHGUNAAN MAKMAL KOMPUTER DAN INTERNET PERCUMA
Guru-guru dan pelajar didapati menyalah gunakan kemudahan internet
di sekolah untuk melayari laman-laman web yang tidak berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran seperti laman sosial Myspace, Friendster dan
sebagainya. Selain daripada portal-portal sosial,permainan komputer atas talian
(Online Games) turut menjadi kegilaan pelajar sekolah masakini. Penyalahgunaan
seperti ini dibimbangi mampu meningkatkan jenayah internet yang sukar dikawal.
Memandangkan internet telah menjadi keperluan utama, melarang mereka daripada
menggunakan internet amatlah tidak wajar. Namun, langkah-langkah pemantauan amatlah
berkesan dalam mengatasi masalah ini. Selain itu, di sekolah juga pemantauan haruslah
dilakukan oleh guru-guru yang bertugas, memandangkan proses pembelajaran dan pengajaran
sekarang banyak menggunakan internet. Selain itu, nilai-nilai murni juga wajar diterapkan
di dalam minda pelajar bagi mengelakkan masalah ini daripada bertambah teruk. Pelajar
sekolah hari ini adalah antara pengguna internet di Malaysia. Penyalahgunaan
internet dikalangan pelajar sekolah semakin membimbangkan dewasa ini
terutamanya membabitkan pelayaran laman web berunsur lucah yang turut menjadi
kegilaan pelajar masa kini.
KESIMPULAN
Harapan Negara untuk melahirkan modal insan yang kreatif dan
inovatif bagi memenuhi keperluan pasaran pada masa depan boleh dicapai melalui
kurikulum pembelajaran berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi yang
sentiasa dikemas kini. Justeru itu, sebagai pengguna yang bijak kita tidak
harus menyalahgunakan kemudahan teknologi maklumat ini.Penggunaan ICT dalam
pembelajaran adalah prasyarat bagi Malaysia untuk menjadi Negara yang
berpendapatan tinggi. Namun, kerajaan Malaysia khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia
perlu berusaha mengatasi masalah-masalah yang timbul. Bagi menjayakan integrasi
teknologi komputer yang lebih optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran,ianya
memerlukan sokongan padu dari kalangan guru, pentadbiran dan juga kementerian.
Faktor penghalang integrasi teknologi dalam pendidikan, perlu diberi perhatian
dalam memastikan bidang akademik tidak keciciran dari mengikuti geombang arus
ICT. Oleh yang demikian, sebagai petanda permulaan yang serius, guru perlulah
diberi ilmu pengetahuan dan panduan supaya mereka berkemampuan boleh
menggunakan segala kemudahan dan bahan-bahan teknologi pendidikan terkini. Ini
membolehkan guru lebih bersedia menghadapi cabaran dan kemajuan yang pesat
dalam perkembangan teknologi.
Rujukan
1.
Alessi, S.M.
& Trollip,S.R. (2001). Multimedia for learning: Methods and Development.
2.
Massachusetts:
Allyn & Bacon. Heinich (1993) The school development plan for IT in B. Tagg
(ed), Developing a whole-school IT policy . m.s. 51 - 71. London: Pitman.
3.
Heppell, S.
(1993) Teacher Education, Learning and the Information Generation: the progression
and evolution of education computing against a background of change, Journal of
Information Technology for Teacher Education, 2, pp. 229-238.
4.
Laurillard, D.
(1992). Learning through collaborative computer simulations. British Journal of
Educational Technology, 23, 164-171.
5.
Mc Lellan
(1991). Teachers and classroom management in a computer learning environment.
International Journal of Instructional Media, 18(1), 19-27.
6.
Mohd Amir
Sharifudin Hashim (1986). Pengurusan Bilik darjah: Interaksi Guru-Murid Dalam
Bilik darjah, Kertas Kerja Ikhtisas Guru-Guru agama Islam, KPM: Bahagian Agama
Islam.
7.
Rosenberg,
J.M., (2001). E-learning: Strategies for delevering knowledge in the digital
age. U.S.A: McGraw-Hill
8.
Schaumburg, H.
& Issing,L.J. (2002). Lernen mit Laptop. Dalam Alexandra, W., Jutta, K.B.,Siegmund,
A. The Computer as a learning aid and tool in Geography schooling in Germany
and at the University of Education Heidelberg.
9.
Shahabuddin
Hashim, Rozihani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad. (2007). Strategi dan teknik
mengajar berkesan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd
10. Stallard, C. (1998) . Factors that influence the integration of
technology into the secondary curriculum.
11. Yahya Othman (2007). Bahan bantu mengajar memperkukuh Bahasa
Melayu. Dewan Bahasa,7(2), 32-35.











Tiada ulasan:
Catat Ulasan