NOTA

DEFINISI MASALAH PENGLIHATAN
Definisi masalah penglihatan boleh dilihat dalam dua perspektif  dari segi perundangan dan pendidikan. Kedua-dua definisi di bawah telah dipetik daripada laman web dpulih hasil keluaran Kementerian Pelajaran Malaysia

Dari Segi Perundangan

Definisi masalah penglihatan melibatkan penilaian ketajaman penglihatan dan medan penglihatan seseorang. Bacaan ketajaman penglihatan akan membezakan seseorang, sama ada dia buta atau kabur penglihatan

Dari Segi Pendidikan

Dari segi pendidikan masalah penglihatan bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan.
Klasifikasi masalah penglihatan boleh dibahagikan kepada dua iaitu:


(a) Kategori low vision (penglihatan terhad)
Kategori low vision juga dikenali sebagai penglihatan terhad. Penglihatan kurang daripada 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah sesudah rawatan ataupun pembetulan biasa. Individu dengan penglihatan terhad dapat melakukan tugas seharian menggunakan deria penglihatan. 

(b) Kategori blind (buta) 

Biasanya penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang terbaik, ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah setelah menerima rawatan ataupun pembetulan biasa.

Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual akuiti dan juga adaptasi pendidikan khas. Masalah penglihatan dapat dilihat dalam tahap berikut:


(a) Sederhana

 Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat bantu khas seperti kanta.

(b) Teruk

Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malah mengalami kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun dengan bantuan alat khas.

(c) Sangat Teruk 

Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta perlu bergantung pada deria-deria lain.




Jenis-jenis masalah penglihatan


JENIS- JENIS MASALAH PENGLIHATAN
  • Low Vision/ penglihatan terhad


Low vision boleh didefinisikan sebagai kecacatan penglihatan yang tidak sepenuhnya iaitu apabila seseorang itu berkebolehan melihat antara 20/200 dan 20/70 iaitu kurang daripada 20%. Menurut World Health organization (WHO) dan Norini Salleh (1993) telah mengistilahkan kerabunan/ low vision sebagai mempunyai baki penglihatan (residual vision) yang signifikan.

Penglihatan terhad didefinisikan sebagai signifikan terhadap penurunan tahap pengupayaan penglihatan iaitu ketepatan penglihatan adalah kurang daripada 6/18 atau keadaan penglihatan kurang daripada 20 darjah garis pusat (Norini Salleh, 1993). Masalah penglihatan biasanya meliputi ketajaman penglihatan, keluasan penglihatan dan pengamatan penglihatan. Ketajaman penglihatan bermaksud keupayaan melihat sesuatu benda dengan jelas. Keluasan penglihatan bermakna luasnya kawasan yang dapat dilihat sekiranya mata dan kepala tidak digerakkan. Pengamatan penglihatan bermaksud pentafsiran penglihatan yang diproses di dalam otak untuk mengenal pasti konsep ruang. Kedudukan atau orentasi objek sama ada terbalik atau tidak. Penglihatan terhad terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:


                               I.            Miopia/ rabun jauh


Objek dekat saja dapat difokuskan dengan jelas kerana biji mata terlalu panjang atau kuasa kanta mata yang terlalu tinggi. Ini menyebabkan sinar cahaya bertumpu dihadapan retina. Kecacatan ini boleh dibetulkan dengan memakai cermin mata berkanta cekung yang memapah cahaya supaya imej dapat difokuskan ke atas retina ( Hallan dan Kauffman, 1994)

                            II.            Hiperopia/ rabun dekat


Objek jauh dapat difokuskan dengan jelas kerana biji mata terlalu pendek ataupun kuasa kanta mata yang terlalu rendah. Ini menyebabkan sinar cahaya bertumpu di belakang retina. Kecacatan ini boleh dibetulkan dengan memakai cermin mata berkanta cembung yang menumpukan cahaya supaya imej dapat difokuskan ke atas retina (Hallan dan Kauffman, 1994)

                         III.            Presbiopia


Masalah ini disebabkan kekenyalan kanta mata dan biasanya berlaku di kalangan orang tua. Kecacatan ini boleh dibetulkan dengan memakai cermin mata berkanta Bifokal. Bahagian atas kanta digunakan untuk pandangan jauh dan bahagian bawah digunakan untuk membaca.

                         IV.            Astigmatisme


Cahaya tidak dapat difokuskan pada titik yang sama. Kecacatan ini boleh diperbetulkan dengan memakai cermin mata berkanta bifokal. Bahagian atas kanta digunakan untuk pandangan jauh dan bahagian bawah digunakan untuk membaca.

                            V.            Rabun warna


Rabun warna bukanlah merupakan kerabunan tetapi kecacatan penglihatan yang menyebabkan seseorang yang mengalaminya tidak dapat membezakan warna khususnya warna asas. Ia adalah kecacatan keturunan yang aneh yang melibatkan kira-kira 8% lelaki dan 0.4% perempuan (Norini Salleh, 1993). Orang yang menghadapi rabun warna sering mengalami kesulitan untuk membezakan di antara warna merah dan hijau. Ujian mengesannya mudah dilakukan iaitu dengan menunjukkan beberapa plat buku yang mengandungi titik berwarna yang berbeza untuk dijadikan nombor tertentu. Nombor-nombor ini akan disalahtafsirkan oleh orang yang rabun warna. Terdapat tiga jenis rabun warna iaitu dichromat (merah-hijau), dichromat (kuning-biru), dan monokromat hanya menggunakan satu warna untuk menghasilkan warna-warna pelangi.

                         VI.            Rabun malam


Ia adalah kecacatan disebabkan oleh keturunan. Ia sukar dikesan dan mungkin menjejaskan pekerjaan seseorang. Keadaan ini tidak dapat dirawat.

                      VII.            Penglihatan terowong

         Penglihatan yang terhad. Hanya sebahagian saja objek yang dapat dilihat.

                   VIII.            Strabismus (juling)


Oleh kerana tidak ada koordinasi di antara otot-otot mata menyebabkan mata tidak lurus, tetapi bertemu di atas, terpesong keluar atau tegak ke atas atau ke bawah. Oleh itu tidak dapat memfokuskan pada satu tang sama. Juling boleh dikesan apabila bayi berumur enam bulan apabila penglihatannya kabur.

                         IX.            Ambliopia (mata malas)


Masalah ini mungkin disebabkan juling. Salah satu mata tidak dapat berfungsi dengan betul. Oleh itu, penglihatan menjadi kabur dan menimbulkan kekeliruan. Keadaan ini boleh dirawat sebelum umur tujuh tahun.

                            X.            Glaukoma


Masalah ini disebabkan tekanak pada biji mata yang memusnahkan urat saraf mata dan seterusnya menjejaskan penglihatan. Biasa dialami oleh orang yang berusia 40 tahun ke atas.

                         XI.            Diplopia


Mereka yang menghadapi masalah ini akan mengalami masalah di mana semua objek nampak dua.

                      XII.            Albinisme


Mereka yang menghadapi masalah ini sangat sensitif pada sinaran cahaya. Penyakit ini selalunya disebabkan oleh keturunan.

 Ciri-ciri masalah penglihatan atau buta.


            Kanak-kanak yang mengalami kecacatan penglihatan yang teruk biasanya dapat dikesan dari peringkat pra sekolah dan persekolahan sebenarnya.
Hewett udan Forness (1974), menyatakan kecacatan ini boleh dikesan melalui tiga cara iaitu rupa, tingkahlaku, dan aduan. Ini diakui oleh The uNational Society For The Prevention Of Blindness (1972), pula menyatakan ia boleh dikesan melalui:

a)           Rupa

Kanak-kanak yang cacat penglihatan adalah berbeza daripada kanak-kanak normal seperti berikut:

                               I.            Matanya sangat sensitif pada cahaya.
                            II.            Bahagian tepinya berwarna merah.
                         III.            Kelopak matanya bengkak
                         IV.            Matanya selalu berair
                            V.            Juling iaitu memutarkan matanya bila melihat
                         VI.            Bintik-bintik putih di tengah mata.


b)          Tingkahlaku

Tingkahlaku kanak-kanak yang mengalami kecacatan penglihatan juga boleh dikesan melalui:

                               I.            Menggosok dan mengerdip mata dengan berlebihan
                            II.            Selalu mengerutkan mata
                         III.            Suka menutup dan melindungi sebelah mata
                         IV.            Mendekatkan kepala bagi melihat sesuatu mata.
                          V.            Susah untuk membaca atau melakukan sesuatu kerja dan perlu mendekatkan   objek pada mata
                         VI.            Kerap menangis
                      VII.            Memegang kepala dengan cara luar biasa
                   VIII.            Kerap melanggar sesuatu dan terjatuh apabila berjalan.

c)           Aduan

Kanak-kanak yang mengalami sesuatu masalah biasanya kan menyatakan tidak puas hatinya untuk mendapatkan perhatian. Ciri-ciri bagi kanak-kanak yang mengalami masalah kecacatan penglihatan ialah:

                               I.            Mengadu melihat objek yang tidak jelas atau nampak
                            II.            Merasa sakit kepala bila membuat sesuatu kerja
                         III.            Pandangan sentiasa kabur
                         IV.            Mengadu nampak dua imej pada sesuatu (double vision)

2.1.4 Ciri-ciri kanak-kanak Low Vision/ penglihatan terhad

            Masalah penglihatan boleh dialami oleh kanak-kanak, tetapi keadaan itu sukar dikesan pada peringkat awal. Ini kerana kanak-kanak tidak memahami masalah itu dan tidak tahu bagaimana menyatakan. Kanak-kanak yang mengalami kecacatan penglihatan terhad biasanya dapat dikesan pada peringkat prasekolah, tetapi kecacatan yang sepenuhnya mungkin dapat dikesan bila mereka mula bersekolah. Hewett dan Forness (1974) menyatakan kecacatan ini boleh dikesan melalui tiga cara iaitu rupa, tingkahlaku dan aduan. The National Society For The Prevention Of Blindness (1972) pula menyatakan ia boleh dikesan melalui:

a)           Rupa

Mata kanak-kanak bermasalah penglihatan terhad adalah berbeza dengan kanak-kanak normal antaranya ialah:

                               I.            Sentiasa mengerdip dan menggosok mata.
                            II.            Penglihatan kabur dan kadang kala menjadi dua imej
                         III.            Juling iaitu memutar-mutar matanya bila melihat sesuatu
                         IV.            Kelopak mata keras, bengkak dan merah di keliling.
                            V.            Bahagian tepi matanya berwarna merah
                         VI.            Mengadu sakit mata kadang kala mata selalu berair kerana terlalu sakit
                      VII.            Katarak- bahagian anak mata berbintik putih, berkabut dan kelam
                   VIII.            Mata yang terlalu sensitif kepada sebarang cahaya.

b)          Tingkahlaku

Tingkahlaku kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan juda boleh dikesan seperti:

                               I.            Selalu mengerut mata dan bahagian kening
                            II.            Suka menutup dan melindungi sebelah mata
                         III.            Mendekatkan kepala bagi melihat sesuatu objek
                         IV.            Susah untuk membaca atau melakukan sesuatu kerja dan perlu mendekatkan objek kepada mata.
                            V.            Kerap menangis
                         VI.            Kerap melanggar tiang-tiang dan tunggul sewaktu berjalan
                      VII.            Memegang kepala dengan cara luar biasa
                   VIII.            Suka memicit dan mencucuk matanya untuk melihat sesuatu
                         IX.            Meniru ketika berada berada di dalam kelas
                            X.            Mata cepat letih
                         XI.            Sering tersandung dan terjatuh apabila berjalan, menaiki atau menuruni tangga.

c)              Aduan

Kanak-kanak yang mengalami sesuatu masalah biasanya akan menyatakan perasaan tidak puas hati supaya mendapat perhatian. Tanda-tanda aduan yang dapat diperhatikan seperti:

                               I.            Mangadu kerana tidak dapat melihat dengan jelas
                            II.            Berasa sakit kepala apabila membuat sesuatu kerja
                         III.            Pandangan kabur
                         IV.            Mengadu nampak dua imej pada suatu objek
                            V.            Mengadu suasana manjadi gelap apabila awan mendung
                         VI.            Mengadu sakit mata sehingga kadang kala mata berair
                      VII.            Pelajarannya kurang memuaskan

 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan

Kaedah pengajaran dan penmbelajaran bagi kanak-kanak bermasalah penglihatan agak berbeza dengan kanak-kanak bermasalah pendengaran walaupun kanak-kanak bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran melalui arus perdana. Perbezaan ini dapat dilihat dari segi penyampaian sesebuah matapelajaran dan kaedah yang dipilih oleh guru dalam program pendidikan khas bermasalah penglihatan. Kaedah–kaedah yang dipilih adalah seperti berikut:

Ó  Kemahiran mendengar dan menggunakan deria lain.

Kanak-kanak bermasalah penglihatan hanya tidak dapat melihat atau tidak melihat dengan jelas tetapi mereka mempunyai daya pendengaran yang agak tinggi. Maka mereka menggunakan daya pendengaran untuk mempelajari pelbagai matapelajaran. Selain menggunakan daya pendengaran, mereka juga menggunakan deria mereka yang lain seperti tangan. Mulut dan deria rasa untuk menjalankan tugasan atau kerja yang diberikan oleh guru mereka.

Ó  Pengubahsuaian Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Guru akan mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran sesuatu matapelajaran mengikut keupayaan kanak-kanak bermasalah penglihatan. Contohnya, guru akan mengajar menulis dengan menaip menggunakan Braille. Ini akan memudahkan kanak-kanak bermasalah penglihatan bagi menulis nota atau menyiapkan kerja yang diberikan oleh duru mereka.




Anatomi Mata

matamata2


soket tengkorak
Kedudukan mata dalam soket tengkorak.

Fungsi Bahagian Mata
Bahagian
Struktur/Ciri-ciri
Fungsi
Sklera (sclera)Lapisan putih yang kuat.-Memegang bentuk mata.
-Melindungi mata.
Kornea (cornea)Membran lut cahaya (translucent) sklera, pada bahagian depan mata.-Membenarkan cahaya masuk ke dalam mata.
-Memfokus cahaya padaretina.
Koroid (choroid)Lapisan gelap yang mempunyai banyak kapilari darah-Membekal oksigen dan makanan kepada mata.
-Menyerap dan mengelakkan pantulan cahaya di dalam mata.
Konjunktiva (conjunctiva)Lapisan epitelium pada depan mata.-Melindungi kornea.

IrisLapisan berbentuk cakera(disc-shaped) pada depan mata.-Menentukan warna mata.
-Mengawal saiz pupil danjumlah cahaya yangmemasuki mata.
Anak mata (pupil)Bukaan kecil pada depan mata.-Membenarkan cahaya memasuki mata.
Kanta mata (lens)Kanta cembung yang lutsinar dan elastik.-Membias dan menfokuscahaya pada retina.
Otot silia (ciliary muscle)Otot yang membentang dari koroid.-Mengubah ketebalan kanta apabila jarak fokus kanta berubah.
Ligamen gantung(supportive ligament)Satu struktur yang terbentuk daripada gentiankolagen.-Menyokong dan memegang kanta pada tempatnya.
Gelemaca (vitreoushumour)Bahan seperti jeli yang mengisi ruang di dalam biji mata.-Mengekalkan bentukmata.
-Menyerakkan danmemfokus imej pada retina.
-Bertindak sebagai penyerap getaran pada mata
Gelemair (aqueoushumour)Cecair tidak berwarna yang mengisi ruang di bahagian hadapan kanta mata.-Membias dan menfokuscahaya yang memasukimata.
Retina

(a)   Bintik kuning
(yellow spot)
(b)   Bintik buta
(blind spot)
Lapisan sel yang pekakepada cahaya.

Titik bertentangan dengan anak mata (pupil) dan kaya dengan reseptor (penerima) peka cahaya.

Titik melalui saraf optik, yang keluar dari retina, dan tidak mempunyai sel yang peka kepada cahaya.
-Mengesan rangsangan cahaya dan menukarkannya kepada impuls.
-Kawasan mata yang paling peka terhadap cahaya.
-Imej objek yang dilihatdifokus disini.
-Kawasan mata yang tidak peka terhadap cahaya.





-Imej objek yang terbentuk di sini tidak dapat dikesan.
Saraf optik (optic nerve)Sekumpulan saraf yangmenghubungkan retina keotak.Menghantar impuls dari retina ke otak untuk ditafsirkan.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Faktor Kecacatan Mata
FAKTOR-FAKTOR KECACATAN MATA

Faktor-faktor masalah penglihatan ini antaranya adalah disebabkan oleh faktor sindrom, baka (masalah penglihatan yang diwarisi), komplikasi pre-natal (sebelum kelahiran hingga semasa kelahiran) dan post-natal iaitu ianya berlaku selepas kelahiran. Selain itu, punca kehilangan penglihatan ini juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami kemalangan yang boleh menyebabkan seseorang tersebut hilang daya penglihatan, ataupun disebabkan oleh penyakit dan jangkitan kuman yang memberikan impak kepadanya untuk kehilangan deria tersebut.

Menurut Jamilah K. A. Mohamed (2006), punca-punca kecacatan adalah termasuk, baka dan keturunan, komplikasi semasa hamil dan semasa lahir, rubella, syphilis, kecederaan dan penyakit.

Masalah penglihatan ini boleh berlaku sejak bayi itu dilahirkan ataupun semasa zaman kanak-kanaknya ataupun setelah ia dewasa. Masalah penglihatan ini boleh bertambah buruk dari semasa ke semasa ataupun ianya akan kekal ataupun ianya akan bertambah baik melalui proses pemulihan dan rawatan. Ianya boleh berlaku disebabkan oleh satu atau lebih sistem penglihatan seseorang individu itu mengalami kerosakan ataupun tidak berfungsi. Contohnya, satu struktur mata rosak, kerosakan atau masalah berkaitan dengan pembiasan (refractive) yang mana ianya gagal untuk membentuk imej ataupun arca pada retina dan jika ada kerosakan pada bahagian otak yang berkaitan dengan saraf penglihatan yang boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan penglihatan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 2002), antara jenis-jenis penyakit yang menyebabkan kebutaan ialah katarak, glaukoma, masalah diabetes, kecacatan sejak lahir dan masalah kornea. Selain dari itu, kecederaan dibahagian mata adalah juga penyebab utama boleh menjadikan kebutaan. Sebagai contoh, kebutaan pada sebelah mata. Punca kebutaan ini juga boleh terjadi melalui genetik contohnya “albinism”. Kebanyakan orang yang mempunyai penyakit keturunan seperti albino ini, mempunyai masalah penglihatan dan ada yang buta. Leber’s congenital amaurosis ini adalah penyakit keturunan yang menyebabkan kebutaan dan hilang daya penglihatan dari sejak kelahiran ataupun dari zaman kanak-kanak.

Keracunan juga adalah sebahagian daripada punca menghidapi masalah penglihatan. Kebutaan boleh berlaku melalui pengambilan beberapa kimia. Contohnya minuman yang mempunyai alcohol seperti yang mengandungi methanol. Methanol adalah sejenis kimia yang sangat tidak merbahaya walaubagaimanapun jika ianya bertindakbalas dengan ethaol melalui proses metabolisme, methanol akan dipecahkan dan akan membentuk bahan-bahan formaldehid dan asid formic yang seterusnya boleh menyebabkan kebutaan dan pelbagai komplikasi kesihatan yang lain serta boleh menyebabkan kematian. Methanol ini boleh dijumpai dalam minuman yang beralkohol dan spirit.

Faktor Kemalangan

Kemalangan sering berlaku dimana-mana dan ini adalah merupakan sesuatu yang amat serius. Kemalangan yang sering berlaku adalah kemalangan dijalan raya. Kemalangan seperti ini boleh menyebabkan kecacatan anggota, kehilangan nyawa, kehilangan penglihatan, kecederaan parah dan sebagainya termasuk kerugian dari segi material.

Antara faktor-faktor kemalangan ini adalah sikap kurang berhati-hati dan kurang peka terhadap sekeliling baik pemandu mahupun pengguna jalan raya yang lain. Kecuaian ketika memandu dan tidak mengikut peraturan yang disediakan juga antara punca kemalangan jalan raya ini sering berlaku. Selain dari itu, punca-punca kemalangan ini juga boleh berlaku disebabkan oleh struktur jalan raya yang kurang sempurna, tanda-tanda jalan yang kurang jelas dan sebagainya. Faktor lain pula ialah faktor semulajadi iaitu seperti faktor cuaca yang kurang baik seperti hujan lebat, keadaan jerebu dan kabus yang tebal. Keadaan kereta juga perlu diambil perhatian. Jika keadaan kenderaan kurang sempurna maka ianya adalah kurang selamat bagi pengguna kenderaan tersebut serta pengguna-pengguna jalan raya yang lain juga akan terlibat sama jika berlakunya kemalangan. Faktor-faktor kesihatan bagi pemandu juga penting.


Perkara-perkara yang tersebut tadi adalah sangat penting dan berkait rapat diantara satu sama yang lain.

1 ulasan: